RM750 juta untuk Jualan Rahmah, Agro Madani

RM750 juta untuk Jualan Rahmah, Agro Madani

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruntukan bagi Jualan Rahmah Madani dan Jualan Agro Madani ditingkatkan kepada RM750 juta tahun depan berbanding RM630 juta tahun ini dengan sasaran sebanyak 35,000 penganjuran di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 30,000 Jualan Rahmah Madani akan dilaksanakan dengan melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, penganjuran program berkenaan akan dipertingkatkan di kawasan desa, perumahan kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bandar bagi memastikan manfaat harga barangan lebih rendah dapat dinikmati golongan yang memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jualan Rahmah bukan sahaja dilaksanakan melalui kedai runcit biasa, malah turut diperluas menerusi mesin layan diri.

“Jualan Rahmah Madani Borong turut dianjurkan bagi membantu peniaga kecil mendapatkan barangan pada harga lebih berpatutan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.”

Menurutnya, sebanyak 5,000 Jualan Agro Madani akan dilaksanakan dengan menawarkan hasil tani segar termasuk ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan pada harga sehingga 30 peratus lebih murah.

“Kerajaan turut memperluas pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman dengan peruntukan RM250 juta termasuk ke enam lokasi baharu seperti Kampung Terian, Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam, Pusa, Sarawak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini