Harimau Malaya pertaruh skuad terbaik

Harimau Malaya pertaruh skuad terbaik

Peter Cklamovski
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya bakal mempertaruhkan skuad terbaik untuk berdepan Singapura dan Palestin dalam aksi persahabatan Tier 1 pada Khamis dan 8 September ini.

Biarpun tanpa Imanol Machuca yang memohon pelepasan dan Hector Hevel yang berdepan kecederaan, Harimau Malaya dijangka tidak berdepan masalah melakar keputusan positif.

Selain dua pemain itu, Facundo Garces, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero dan Richard Chin akan melaporkan diri menyertai kem latihan yang bermula, semalam.

Prestasi semasa pemain seperti Dion Cools, Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid dan Faisal Halim yang cemerlang bersama kelab masing-masing juga pasti mengembirakan Peter Cklamovski.

Tempoh lapan hari kem latihan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Cklamovski untuk meningkatkan persefahaman serta prestasi pasukan sebelum menghadapi Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027 pada bulan depan.

Harimau Malaya akan mengharungi dua perlawanan persahabatan dengan bertemu Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini sebelum menentang Palestin pada 8 September di Stadium Sultan Ibrahim.

Selain itu, Cklamovski percaya dua aksi persahabatan ini akan menjadi medan terbaik buat pemain menguji kemampuan sebenar menentang lawan yang berkualiti pada masa akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×