Tindakan pantas polis halang wanita sakit mental ganggu Sultan Nazrin

Tindakan pantas polis halang wanita sakit mental ganggu Sultan Nazrin

ANGGOTA pasukan keselamatan menahan seorang wanita yang cuba menghampiri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di pentas utama semasa sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di Ipoh, Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Pe­rak di sini semalam dikejutkan dengan kejadian seorang wanita yang menceroboh naik ke pentas utama dan cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kejadian pada pukul 8.20 pagi tersebut berlaku ketika nyanyian lagu negeri Perak sedang dimainkan.

Wanita berkenaan berjaya ditahan oleh anggota pasukan keselamatan.

Sementara itu Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin yang mengesahkan kejadian berkata, suspek masuk melalui bahagian tepi pentas utama dan cuba mendekati Sultan Nazrin sebelum berjaya ditahan oleh anggota pasukan keselamatan yang bertugas.

“Suspek merupakan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun telah ditahan di lokasi kejadian dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah. Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri dan sedang berada di bawah pengawasan pakar,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau juga berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek adalah negatif dadah.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Insiden terhadap Sultan Perak itu bagaimanapun tidak menjejaskan sambutan yang dihadiri lebih 50,000 pengunjung dengan ada yang datang sejak awal pagi terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyaksikan perbarisan dan perarakan.

Sultan Nazrin turut berkenan berangkat ke acara perbarisan dan perarakan tersebutdiiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Acara tersebut yang diadakan di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berdekatan Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran Ipoh di sini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×