Gempa bumi lemah landa Selat Melaka, tiada gegaran dirasa

Gempa bumi lemah landa Selat Melaka, tiada gegaran dirasa

TANGKAP layar pemberitahuan automatik Google mengenai gegaran di sekitar kawasan Batu Pahat yang direkodkan pada magnitud 2.9.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di kawasan perairan Selat Melaka hari ini namun tiada sebarang gegaran dirasai penduduk di daratan setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu berlaku di dalam kawasan laut.

“Gempa bumi itu berlaku di Selat Melaka, namun tiada gegaran dilaporkan setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, satu lagi gegaran akibat gempa bumi lemah dilaporkan berlaku sekitar kawasan Semerah, Batu Pahat pada pukul 1.57 tengah hari, hari ini.

Menerusi pemberitahuan automatik Google, gegaran tersebut direkodkan pada magnitud 2.9 di kawasan berkenaan.

Kejadian gempa bumi ini bukanlah yang pertama dilaporkan di Johor dan merupakan gegaran ketujuh termasuk enam kejadian terdahulu di kawasan Segamat dan Yong Peng.

Kejadian sebelum ini yang turut direkodkan oleh MetMalaysia, dilaporkan mempunyai magnitud antara 2.5 hingga 3.2.

Fenomena gempa bumi lemah ini dipercayai berpunca daripada aktiviti sesar tempatan yang aktif di sekitar kawasan berkenaan sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk terhadap tahap keselamatan infrastruktur dan bangunan lama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×