Apa punca utama bil elektrik tinggi?

Apa punca utama bil elektrik tinggi?

TIGA faktor utama yang menyumbang peningkatan bil elektrik iaitu peralatan yang digunakan, bilangan perkakas dan tempoh penggunaan perkakas tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMI mengalu-alukan penstrukturan tarif elektrik seperti mana diumumkan dengan lebih 23 juta pengguna tidak terkesan berkuat kuasa 1 Julai, lalu.

Melalui penstrukturan tarif elektrik, saya dapat melihat ia memberi keuntungan kepada pengguna yang menggunakan RM415 sebulan atau kurang dan lebih 23.6 juta pengguna domestik Semananjung nikmati kadar lebih adil ini.

Syabas diucapkan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang komited untuk memastikan pelaksanaan tarif berdasarkan prinsip adil, telus dan mampan bagi memenuhi keperluan semua pengguna tenaga.

Seruan saya kali ini kepada para pengguna yang gunakan elektrik adalah untuk menguruskan penggunaan elektrik. Jimat elektrik selagi mana yang boleh dan sekali gus dapat mengurangkan bil elektrik bulanan.

Saya melihat tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan bil elektrik iaitu peralatan yang digunakan, bilangan perkakas dan tempoh penggunaan perkakas tersebut. Penggunaan elektrik bergantung kepada jenis peralatan yang digunakan isi rumah seperti pemanasan, penyejukan dan putaran (sistem pam).

Kunci untuk mengurangkan penggunaan elektrik adalah dalam mengenal pasti peralatan ini, contohnya penyaman udara adalah salah satu penyumbang utama kepada penggunaan elektrik untuk kebanyakan premis. Oleh itu, penggunaan kapasiti peralatan yang betul adalah penting.

Banyak cara untuk menjimatkan tenaga dan amat mudah dilakukan. Antaranya, elakkan menggunakan gelombang mikro sebaliknya mencairkan makanan sejuk beku secara semula jadi.

Pastikan tingkap dan pintu ditutup dengan betul apabila penghawa dingin beroperasi untuk mengelakkan udara sejuk daripada keluar dan gunakan langsir yang sesuai untuk memastikan pencahayaan semula jadi.

Juga perlu pastikan tidak membiarkan komputer ‘hidup’ sekiranya tidak digunakan. Pendekatan serupa juga boleh digunakan untuk peralatan yang mempunyai fungsi siap sedia.-UTUSAN

NK SHERGILL

Pakar sistem elektrik, Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×