Ibu Allahyarham Shamsul Haris kesal penyiasat bantah permohonan

Ibu Allahyarham Shamsul Haris kesal penyiasat bantah permohonan

Shamsul Haris
UMMU Haiman Bee Daulatgun bercakap kepada pemberita selepas prosiding hujahan permohonannya untuk mendapatkan kebenaran supaya kubur anaknya digali, di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ibu kepada Allahyarham Shamsul Haris Shamsudin kesal apabila pasukan penyiasat kematian anaknya itu berterusan membantah permohonan yang dikemukakannya pada prosiding hujahan di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, dia yakin terdapat kesan kecederaan lain pada badan arwah anaknya itu yang menimbulkan syak wasangka menyebabkannya memohon bedah siasat dilakukan sekali lagi.

“Saya cuma nak tahu punca kematian sebenar sebab nampak tanda-tanda jenayah pada jenazahnya. Tetapi, saya kecewa kenapa bantahan demi bantahan dibuat dan kenapa pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk siasat kes ini berbuat demikian,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri prosiding hujahan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, keputusan kebenaran permohonan penggalian semula kubur pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, akan diketahui esok.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet membuat ketetapan tersebut bagi beliau meneliti afidavit baharu dikemukakan oleh ibu mahasiswa itu, Ummu Haiman Bee Daulatgun, hari ini.

Ummu Haiman memberitahu, bagaimanapun dia amat berharap keputusan mahkamah berpihak kepadanya kerana mahu mengetahui punca sebenar kematian anak keduanya itu.

“Sebagai ibu, saya berharap permohonan kami untuk menggali semula kubur arwah anak saya dibenarkan bagi tujuan bedah siasat semula.

“Harapan saya, esok kita semua boleh dapat satu jawapan yang memihak kepada saya,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×