Minta menteri betulkan bendera pasang terbalik

Minta menteri betulkan bendera pasang terbalik – Akmal Saleh

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menggesa menteri atau pihak berkuasa turun sendiri membetulkan Jalur Gemilang yang dipasang secara terbalik di satu lokasi tular di media sosial.

Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan insiden seumpama itu terus berulang kerana kegagalan menghormati bendera kebangsaan menggambarkan sikap tidak menghormati simbol negara.

“Selagi tiada tindakan tegas dan hukuman dikenakan terhadap pihak yang mempersendakan Jalur Gemilang, selagi itu simbol negara tidak akan dihormati,” katanya dalam kenyataan.

Dalam hantaran sama, Akmal turut memuat naik gambar Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di lokasi tidak diketahui, bersama keratan berita mengenai kenyataan sebelum ini.

“Minta tolong beritahu pak menteri atau DAP untuk turun dan betulkan sendiri bendera ini. Nanti kalau rakyat yang betulkan, kena dakwa pula.

“Kalau pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan hukuman, ada pula pihak yang tidak berpuas hati dan minta tarik balik hukuman itu,” katanya.

Jumaat lalu, media tempatan melaporkan orang ramai diminta memperbetulkan pemasangan bendera yang tidak sempurna khususnya menjelang sambutan Hari Kebangsaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×