Kerabu cendawan pedas manja

Kerabu cendawan pedas manja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Sudah jemu dengan menu celup tepung atau sup cendawan yang sama berulang kali? Minggu ini, Seri kongsikan resipi yang lebih segar dan mampu membangkitkan selera iaitu, kerabu cendawan perkongsian Hidayah Sazli.
Hidangan tersebut bukan sahaja cantik dipandang, malah dapat dinikmati sebagai hidangan pembuka selera dan pelengkap menu utama.
Bahan- bahan:
4 biji telur
100 gram enoki dan 50g cendawan putih
100 gram daging kisar
2 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula melaka
1 sudu kecil kepingan cili
1 sudu makan beras yang disangai dan dikisar
1 biji limau nipis
1 biji bawang merah
hirisan daun bawang
hirisan cili api
Cara penyediaan:
Rebus telur di dalam air separa mendidih selama lapan minit. Kemudian, angkat telur dan rendam telur di dalam air sejuk.
Kupas dan potong telur yang telah direbus menjadi bentuk dadu.
Celurkan cendawan enoki dan cendawan putih panjang selama 15 saat. Kemudian, angkat cendawan.
Rebus daging kisar sehingga masak dan kemudian tapis daging kisar yang telah dimasak.
Untuk sos kerabu, satukan sos ikan, sedikit gula melaka, kepingan cili, beras yang disangai dan dikisar halus serta sedikit perahan limau nipis. Kacau sehingga sebati.
Masukkan cendawan yang dicelur, telur rebus, bawang merah, daun bawang, hirisan cili api dan daging kisar. Gaul sehingga sebati.
Selamat mencuba!
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×