Cuaca tidak halang Seville pintas Lyles

Cuaca tidak halang Seville pintas Lyles

Oblique Seville (dua dari kanan) tiba di garisan penamat manakala tempat kedua pelari Amerika Syarikat, Noah Lyles (dua dari kiri) dan tempat ketiga, Zharnel Hughes dari Britain dalam acara akhir 100 meter Liga Berlian IAAF di Laussane, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE: Jaguh pecut Jamaica, Oblique Seville sekali lagi menumbangkan juara Olimpik, Noah Lyles selepas merangkul kejuaraan acara 100 meter (m) pada Siri Liga Berlian IAAF di Lausanne, Switzerland, semalam.

Pelari berusia 24 tahun itu mencatat masa 9.87 saat (s) dalam hujan lebat di Stadium Olympique de la Pontaise manakala Lyles menamatkan saingan di tempat kedua 10.02s.

“Berlari 9.87 saat dalam keadaan sebegitu menunjukkan saya boleh pergi lebih laju di mana-mana sahaja, itu catatan yang baik.

“Saya sudah menewaskan juara Olimpik dua kali, di London dan di sini. Itu beri saya keyakinan menjelang kejohanan dunia. Sudah lama pelari lelaki Jamaica tidak menang emas 100m di pentas global, dan saya percaya saya mampu melakukannya,” kata Seville.

Lyles pula mengakui masalah utama datang daripada permulaan yang perlahan hingga menjejaskan peluangnya untuk menang.

“Reaksi saya terhadap tembakan permulaan sangat teruk, itu sahaja kesilapan saya. Fizikal saya rasa hebat, persiapan baik, tapi bila gagal di awal larian pada tahap ini, segalanya berakhir,” kata Lyles.

Dalam saingan 800m, pelari Amerika Syarikat (AS), Josh Hoey menewaskan juara Olimpik Kenya, Emmanuel Wanyonyi apabila melintasi garisan penamat dengan catatan 1:42.82s.

Sementara itu, juara Olimpik 800m wanita, Keely Hodgkinson dari Britain terus menunjukkan kebangkitan selepas kecederaan panjang apabila mencipta rekod kejohanan dengan 1:55.69s. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×