Naik traf jalan Pekan Karak Ke Felda Mempaga

Naik traf jalan Pekan Karak Ke Felda Mempaga

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIAP kali musim cuti perayaan, lebuh raya utama menjadi sesak teruk. Pengguna jalan raya kadang-kadang mengambil masa hingga 10 jam untuk sampai ke destinasi.

Contohnya, perjalanan dari Tol Gombak ke Temerloh sejauh 125 kilometer (km) biasanya mengambil masa 1 jam 20 minit, tetapi boleh memakan masa lebih 3 jam semasa kesesakan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Pada Syawal lalu, saya sendiri mengalami kesesakan di Lebuh Raya Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) dari Bandar Temerloh ke Raub sejauh 110 km. Pada pukul 9 malam, kesesakan bermula sekitar 2 km sebelum Plaza Tol Karak arah Kuala Lumpur dan berterusan sehingga lebih 30 km, meliputi kawasan sebelum Tol Bentong hingga Lentang dan Terowong Genting Sempah.

Untuk mengelak kesesakan, saya mengambil jalan alternatif melalui Pekan Karak ke Kampung Sertik dan Kampung Cinta Manis menuju Felda Mempaga Bentong, sejauh kira-kira 10 km. Namun, jalan ini sempit dan berliku, kurang selesa dan berbahaya, walaupun ramai pengguna memilih laluan ini untuk menghindari kesesakan di lebuh raya utama.

Saya mencadangkan pihak berkuasa, sama ada Kerajaan Negeri Pahang atau Persekutuan, supaya menaik taraf jalan alternatif ini. Walaupun Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka beroperasi pada 2027, namun kapasiti penumpang yang terhad (sekitar 400 orang setiap trip) mungkin tidak cukup mengurangkan kesesakan lebuh raya. Tambahan pula, jajaran Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang sedang dibina dari Felda Mempaga ke Simpang Pelangai bakal merentasi jalan Kampung Sertik, menambah keperluan pembinaan jalan susur keluar masuk yang sesuai.

Selain itu, jalan dari Tol LPT 1 Lanchang ke Felda Mempaga melalui Felda Bukit Damar dan Felda Lakum juga perlu diperluas. Laluan ini penting sebagai alternatif ketika kesesakan di lebuh raya itu dan Lebuh Raya KLK. Ini kerana terdapat beberapa institusi kerajaan di kawasan Felda Mempaga dan Felda Lakum yang memerlukan akses jalan selamat dan terurus.

Peningkatan dan penyelenggaraan jalan alternatif ini amat diperlukan demi kelancaran perjalanan terutama semasa musim perayaan dan mengurangkan kesesakan lebuh raya utama.-UTUSAN

TEROPONG DO RE ME
Setapak,
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×