Lebih 20 lagi maut akibat hujan lebat di Pakistan

Lebih 20 lagi maut akibat hujan lebat di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Lebih 20 lagi maut pada Rabu akibat hujan lebat di Pakistan, yang menghanyutkan seluruh perkampungan sepanjang minggu lalu dan meragut 400 nyawa.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), 11 orang maut di wilayah pelancongan utara Gilgit-Baltistan, manakala 10 lagi terkorban di Karachi, akibat banjir bandar yang menyebabkan rumah runtuh serta kejadian renjatan elektrik.

Sekolah di bandar berpenduduk lebih 20 juta itu kekal ditutup, sementara jabatan meteorologi meramalkan hujan akan berterusan hingga Sabtu.

Ketua meteorologi wilayah Sindh,. Amir Hyder Laghari, menyalahkan infrastruktur lemah sebagai punca banjir besar di bandar utama.

Apabila paip dan sistem pembetung usang Karachi gagal menampung hujan lebat, ramai terperangkap dalam banjir dan beberapa kawasan kejiranan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Antara 40 hingga 50 rumah rosak di dua daerah, kata pegawai bencana wilayah, Muhammad Younis.

“Gelombang (hujan) seterusnya dijangka bermula hujung bulan ini,” kata Pengerusi NDMA, Inam Haider Malik.

Sejak Khamis lalu, lebih 350 maut di Khyber Pakhtunkhwa, sebuah wilayah pergunungan di utara yang bersempadan dengan Afghanistan.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×