Temui damai di Ringlet

Temui damai di Ringlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI yang terlepas pandang Ringlet, sebuah pekan kecil yang tidak kurang hebatnya kalau bercuti ke Cameron Highlands.

Kunjungan ke sana baru-baru ini memberi saya peluang melihat dan mengenali lebih dekat destinasi ini yang sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri.

Berbanding Tanah Rata dan Brinchang, Ringlet menawarkan suasana lebih mendamaikan sesuai bagi pengunjung yang mahukan ketenangan atau healing.

Terdapat banyak penginapan di sini termasuk Sekata Apartment milik yang berharga RM168 untuk semalam.

Selain harga berpatutan, apartment tiga bilik ini turut menawarkan pemandangan indah.

Ia dikelilingi bukit-bukau dengan udara yang cukup nyaman serta berkabus.

Kalau cukup cergas, bukit yang menjadi penghubung antara apartment ini ke jalan utama boleh diduga dengan menjadikannya sebagai trek berjogging seisi keluarga.

Selain itu, Ringlet juga memiliki banyak lokasi tapak semaian dan kebun bunga untuk dilawati.

Lebih istimewa, pengunjung turut berpeluang mandi-manda di kolam renang terbuka di bangunan Sekata Makmur, yang terletak berdekatan.

Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana mahu berenang dalam kedinginan Cameron Highlands.

Jangan bimbang, kerana kemudahan itu dilengkapi pemanas air, jadi pengunjung tidak akan menggigil kesejukan apabila terjun ke dalam kolam.

Seolah-olah sedang berada di kolam air panas semula jadi, sambil ditemani hembusan angin sejuk menyegarkan.

Antara kemudahan lain yang disediakan di Sekata Makmur ialah dewan mesyuarat, ruang acara dan gimnasium.

Paling menarik, Ringlet juga menjadi tumpuan penduduk setempat ketika sambutan tahun baharu dan kemerdekaan kerana terdapat pertunjukan bunga api.

Untuk makanan pula, bagi yang sukakan kari kepala ikan, jangan lupa singgah di restoran Kari Kepala Ikan Pak Sahak di pekan Ringlet.

Sebab itu saya katakan Ringlet ada potensi tersendiri berbanding di Tanah Rata atau kawasan lain yang sinonim dengan kesesakan di Cameron Highlands.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×