Uriarte, Veda singkir Hakim Danish di tangga ketiga

Uriarte, Veda singkir Hakim Danish di tangga ketiga

Hakim Danish (No. 13) kini jatuh di tangga ketiga keseluruhan dalam senarai pelumba Piala RedBull MotoGP Rookies 2025 selepas beraksi hambar dalam dua perlumbaan di Litar Spielberg, Austria pada semalam dan hari ini. - Ihsan SIC Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemerosotan prestasi pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sejak kebelakangan ini agak membimbangkan selepas kedudukan teratas miliknya kini dirampas pelumba Sepanyol, Brian Uriarte pada pusingan keenam Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Spielberg, Austria, hari ini.

Hakim Danish bukan sahaja disingkirkan Uriarte, tetapi juga pelumba Indonesia, Veda Pratama yang kini menghuni tangga kedua, manakala, anak jati Terengganu itu jatuh ke tempat ketiga.

Dalam dua perlumbaan di Litar Spielberg, Hakim Danish sekadar melengkap aksinya di kedudukan kelapan dalam perlumbaan 1 dan di tangga ke-13 pada perlumbaan 2 yang menyaksikan dia sekadar menokok 11 mata daripada kedua-dua saingan tersebut.

Ini bermakna, Hakim Danish kini mengumpul 165 mata, manakala, Uriarte merampas kembali kedudukan teratas selepas mengutip 191 mata dan Veda menghuni tempat kedua dengan 170 mata.

Jika Hakim Danish gagal bangkit dan terus dengan prestasi hambarnya dalam pusingan terakhir di Litar Misano, Itali pada 13-14 September ini, kedudukannya dalam kelompok tiga terbaik iaitu slot yang bakal membawanya secara merit ke Kejuaraan Motosikal Dunia boleh terancam.

Mengekori rapat di belakang Hakim Danish ialah dua pelumba Sepanyol, David Gonzalez dan Benat Fernandez yang masing-masing mengumpul 122 mata serta 112 mata.

Uriarte terus mengekalkan prestasi konsisten apabila menokok 50 mata penuh selepas menjuarai kedua-dua perlumbaan dan Veda pula turut cemerlang mempertahankan kedudukan naib juara yang menghadiahkan 40 mata (dua perlumbaan).

Sesuatu perlu dilakukan SIC Racing bagi memulihkan kembali prestasi hambar pelumba berusia 18 tahun itu yang menjadi harapan Malaysia untuk tampil dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia, musim depan.

Layak dengan status merit bermakna Hakim Danish tidak perlu bersusah payah mencari pasukan dan penaja kerana namanya akan diserapkan secara automatik ke dalam mana-mana pasukan Moto3 bagi musim 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×