Ambil tindakan segera gangguan bekalan air di politeknik

Ambil tindakan segera gangguan bekalan air di politeknik

BAGI mengurangkan impak kepada warga kampus, lori tangki air telah dihantar untuk menambah bekalan air sedia ada.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JABATAN Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ingin merujuk kepada satu hantaran video yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan dengan gangguan bekalan air yang berlaku di Politeknik Kota Bharu (PKB), Kelantan.

Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, jabatan ini mendapati gangguan adalah berpunca daripada tekanan air rendah pada saluran paip bekalan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) selaku penyedia perkhidmatan air negeri ekoran daripada kerja-kerja menaik taraf sistem paip di kawasan Kok Lanas dan Ketereh.

Keadaan tersebut telah menyebabkan paras air di tangki sedut utama PKB turun ke tahap minimum seterusnya membawa kepada tekanan air rendah yang menjejaskan beberapa blok asrama, blok akademik dan pentadbiran di kampus berkenaan.

Pihak jabatan melalui PKB telah mengambil tindakan pantas dengan melaporkan perkara ini kepada AKSB pada 5 Ogos 2025 dan pasukan teknikal AKSB telah tiba di lokasi untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Bagi mengurangkan impak kepada warga kampus, lori tangki air telah dihantar ke PKB untuk menambah bekalan air sedia ada. Pihak AKSB turut mengesahkan bahawa tekanan air di PKB telah kembali kepada tahap yang stabil.

Namun, pemulihan bekalan air ke semua blok di PKB hanya akan disalurkan secara berperingkat berikutan pengisian semula tangki simpanan berpusat.

Sebagai penyelesaian jangka panjang, JPPKK akan melaksanakan projek menaik taraf sistem bekalan air di PKB menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) RP5 Tahun 2025.

JPPKK komited untuk terus memastikan kesejahteraan dan keselesaan seluruh warga kampus menjadi keutamaan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani. – UTUSAN

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×