PBB sokong pertemuan Putin-Trump di Alaska, nantikan hasil positif - Utusan Malaysia

PBB sokong pertemuan Putin-Trump di Alaska, nantikan hasil positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sokongan terhadap pertemuan yang dijadualkan antara Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang dijangka membincangkan isu konflik Russia-Ukraine.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, berkata pihaknya mengalu-alukan dialog secara langsung antara dua anggota tetap Majlis Keselamatan PBB (UNSC), sambil menekankan banyak isu penting dijangka dibincangkan.

“Kami mengalu-alukan dialog di peringkat tertinggi antara dua anggota tetap Majlis Keselamatan ini, dengan banyak isu menjadi agenda.

“Kami tentunya akan memerhati apa yang berlaku dan hasil yang diperoleh daripadanya,” kata Dujarric dalam sidang media, menurut laporan agensi berita TASS.

Sebelum ini, Trump mengumumkan beliau menjangka akan bertemu Putin di Alaska pada 15 Ogos.

Kenyataan itu disusuli dengan pengesahan rasmi oleh Kremlin melalui pembantu presiden, Yury Ushakov, yang menyatakan kedua-dua pemimpin akan membincangkan senario bagi mencapai keamanan berkekalan di Ukraine.

Pertemuan yang bakal berlangsung ini dijangka menjadi antara perbincangan diplomatik penting dalam usaha meredakan ketegangan yang telah berlarutan sejak pencerobohan Russia terhadap Ukraine bermula pada tahun 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×