Polis cedera dirempuh peserta himpunan serah memorandum di Parlimen - Utusan Malaysia

Polis cedera dirempuh peserta himpunan serah memorandum di Parlimen

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kejadian melibatkan seorang peserta perhimpunan yang membuat kekecohan ketika penyerahan memorandum di Jalan Parlimen di sini sehingga menyebabkan pegawai polis cedera dirempuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tular satu video di platform Tiktok memaparkan peserta perhimpunan membuat provokasi dan merempuh polis yang sedang bertugas mengawal keselamatan.

Katanya, satu laporan polis dibuat berhubung kekecohan yang berlaku semasa penyerahan memorandum berkenaan.

“Akibat daripada rempuhan yang berlaku, seorang pegawai polis mengalami kecederaan dan sudah mendapatkan rawatan.

“Satu kertas siasatan juga sudah dibuka mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis komited memainkan peranan sebagai pemudah cara dan menghormati hak rakyat untuk menyuarakan pandangan serta berhimpun secara aman dan tertib, selaras dengan nilai demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Peruntukan itu adalah mengikut Perlembagaan Persekutuan dan seharusnya digunakan secara baik dan berhemah.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang mencetuskan kekacauan atau provokasi melampau. Polis sentiasa komited memastikan keselamatan di sekitar Kuala Lumpur sentiasa terkawal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×