Liverpool mahu sambar kapten Palace

Liverpool mahu sambar kapten Palace

Liverpool mengadakan rundingan terus dengan Crystal Palace bagi mendapatkan khidmat kapten kelab itu, Marc Guehi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool dilaporkan mengadakan rundingan terus dengan Crystal Palace bagi mendapatkan khidmat kapten kelab itu, Marc Guehi, sekali gus memperkukuh benteng pertahanan The Reds menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemenang Piala FA musim lalu itu sebelum ini menuntut harga 45 juta pound (RM272 juta) untuk melepaskan pemain kebangsaan England berusia 24 tahun tersebut, namun kedua-dua pihak dipercayai mampu mencapai kata sepakat sekitar 35 juta pound (RM212 juta) memandangkan kontrak Guehi hanya berbaki setahun.

Pengerusi Palace, Steve Parish mengakui kelabnya tiada pilihan selain menjualnya jika tawaran besar dikemukakan, meskipun Guehi baru membantu pasukan menewaskan Liverpool dalam aksi Perisai Komuniti minggu lalu.

Selain Guehi, Liverpool turut menunjukkan minat terhadap pertahanan muda Parma, Giovanni Leoni, 18, yang dinilai pada harga 35 juta pound (RM199 juta).

Pemain tinggi lampai 1.96 meter itu dianggap prospek jangka panjang untuk menggantikan Virgil van Dijk pada masa depan.

Jurulatih Arne Slot dilaporkan mahu sekurang-kurangnya seorang pertahanan baharu selepas menjual Jarell Quansah kepada Bayer Leverkusen dan berdepan risiko kecederaan berulang pada Joe Gomez.

Musim lalu, Liverpool turut memburu Lenny Yoro, Jorrel Hato dan Dean Huijsen, namun kesemua sasaran itu memilih destinasi berbeza. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×