MQF 2.0 ditambah baik, berkuat kuasa 1 Ogos 2026

MQF 2.0 ditambah baik, berkuat kuasa 1 Ogos 2026

ZAMBRY Abd Kadir berucap sempena Majlis Anugerah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) 2025 di Hotel Renaissance, di sini hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan pengukuhan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) Edisi Kedua (2024) oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang selesai ditambah baik dan akan berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Ogos 2026.

MQF 2.0 itu memberi penekanan kepada hasil pembelajaran, sistem kredit yang jelas serta integrasi nilai kelestarian dan kompetensi negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, edisi itu merupakan kerangka bersepadu untuk semua kelayakan meliputi sektor akademik hingga TVET.

Katanya, penambahbaikan itu bertujuan memastikan graduan bukan sahaja berpengetahuan tetapi juga holistik dan bertanggungjawab sekali gus memenuhi keperluan industri.

“Ini adalah langkah proaktif MQA dalam memastikan piawaian kita sentiasa di hadapan dan relevan dengan keperluan global.

“Inisiatif ini adalah bukti komitmen KPT untuk memastikan sektor pendidikan tinggi kita kekal relevan, berdaya saing dan mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara,” katanya berucap sempena Majlis Anugerah MQA 2025, malam ini.

Dalam pada itu, Zambry berkata, MQA juga telah berjaya mewujudkan sistem akreditasi di institusi swa akreditasi bagi Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang cemerlang dalam tadbir urus dan kualiti akademik.

Katanya, kejayaan itu turut diperkukuh dengan peluasan perjanjian pengiktirafan bersama negara seperti China, United Kingdom dan Australia, selaras dengan usaha mengangkat martabat pendidikan tinggi negara.

“Kami sedang bekerja dengan agensi akreditasi di seluruh dunia untuk menetapkan rancangan mutual recognition dan membuka jalan untuk pelajar kita berkempen dengan percaya diri di arena antarabangsa

“Ini bukan kecil dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada MQA dan seluruh ekosistem yang membantu atas pencapaian yang luar biasa ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×