Ramai sejukkan badan di air terjun

Ramai sejukkan badan di air terjun

ORANG ramai bermandi-manda untuk menyejukkan badan di Air Terjun Batu Berangkai ketika cuaca panas di Kampar, Perak. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Cuaca panas dan kering mencapai 35 hingga 37 darjah Celsius di daerah ini menyebabkan orang ramai mengambil kesempatan menyejukkan badan mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Batu Berangkai di sini.

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawa­ngan Perak Kampus Seri Iskandar, Parit dekat sini, Shahril Abdul Khapez, 21, berkata, dia memilih bermandi-manda di kawasan air terjun itu kerana masih tidak tercemar selain redup dikelilingi pokok-pokok hutan.

Menurutnya, kawasan meletakkan kenderaan juga luas selain terdapatnya gazebo untuk berehat selepas mandi bersama rakan-rakan.

“Memang cuaca panas sekarang ini. Tidak tahan, kerana itu saya ajak rakan-rakan ke sini terutama semasa hujung minggu iaitu tiada kelas atau aktiviti di universiti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia kelmarin.

Rakannya, Aminur Rasyid, 21, berkata, kawasan perkelahan itu menjadi pilihan kerana tiada sebarang bayaran masuk dikenakan selain terdapat sebuah kedai makan untuk mengisi perut yang berbunyi kerana lapar.

“Mudah dan lokasinya tidaklah jauh dari universiti selain ada kedai makan untuk menikmati makanan ringan secara santai kerana lapar setelah puas bermandi-manda.

“Kawasan ini ibarat hidden gem kerana ramai yang masih tidak mengetahuinya selain bersih dan terjaga,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, Kampar antara lokasi cuaca panas pada tahap satu atau berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×