Ceroboh rumah pempengaruh, lelaki direman empat hari

Ceroboh rumah pempengaruh, lelaki direman empat hari

SUSPEK yang menceroboh rumah milik seorang pempengaruh di Batu Maung dibawa ke Kompleks Mahkamah Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Seorang lelaki yang disyaki menceroboh rumah milik seorang pempengaruh media sosial di Batu Maung dekat sini kelmarin direman selama empat hari.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 8 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting di Mahkamah Balik Pulau selepas permohonan tersebut dikemukakan oleh pihak polis.

Difahamkan, penahanan reman ke atas suspek berusia 21 tahun itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun kerana menceroboh.

Sebelum ini, lelaki berkenaan ditahan polis selepas dia dipercayai menceroboh sebuah rumah di kawasan Batu Maung dan kejadian itu juga tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang ketika pembantu rumah keluar untuk membuang sampah.

Sazalee berkata, apabila menyedari kehadiran pengadu, suspek melarikan diri sebelum berpatah balik untuk mengambil semula barang miliknya yang tertinggal.

Ujar beliau, tindakan suspek yang positif beberapa jenis dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah itu bagaimanapun menyebabkan dia terperangkap dan berjaya diberkas oleh pengadu bersama beberapa rakannya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×