29 ditahan dalam Op Gegar di Pontian

29 ditahan dalam Op Gegar di Pontian

SEBAHAGIAN daripada warga asing yang ditahan dalam Op Gegar oleh Jabatan Imigresen di tiga pusat hiburan di bandar Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Jabatan Imigresen negeri ini menahan seramai 29 warga asing dalam serbuan ke atas tiga pusat hiburan di bandar ini, tengah malam semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam Op Gegar tersebut, seramai 69 warga tempatan dan asing diperiksa.

“Seramai 17 wanita Vietnam, 12 warga Indonesia termasuk seorang lelaki berumur antara 18 hingga 40 tahun ditahan kerana menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Turut ditahan tiga lelaki tempatan yang merupakan pengurus dan penyelia pusat hiburan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mereka disiasat di bawah Seksyen 6 (1)( c ) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal tanpa pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)( c ) akta sama iaitu tinggal setelah pas atau permit telah dibatalkan dan Seksyen 56(1), menggunakan atau tanpa kuasa yang sah memiliki permit, pas dan dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan.

Mereka turut disiasat di bawah Peraturan 11(7) (a) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial serta Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat yang ditetapkan.

Tiga warga tempatan pula disiasat di bawah Seksyen 56 (1) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana melindungi warga asing.

Menurutnya, sebanyak 17 notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan bagi membantu siasatan dan semua warga asing tersebut kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk membantu siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×