Manusia waras patut sokong usaha perdamaian 

Manusia waras patut sokong usaha perdamaian 

FATHUL BARI MAT JAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang manusia yang waras dan celik akal sepatutnya menyokong sebarang usaha perdamaian bukan memperlekeh usaha tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, perdamaian merupakan tuntutan iman kerana usaha tersebut bertepatan dengan nilai Islam, prinsip diplomasi antarabangsa dan tuntutan moral sebagai pemimpin.

Katanya, usaha dan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara damai antara Thailand dan Kemboja yang sepatutnya dibanggakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam hal ini, saya sangat berbeza pandangan dengan YB (Ahmad Fadhli Shaari). Ini bukan soal partisan dan sekiranya individu lain pun mengambil langkah yang sama, saya akan menyatakan pendirian yang serupa. 

“Tidak ada salahnya mengakui dan memperbetulkan pandangan yang kurang tepat, bahkan, itu satu kekuatan. Mengecam usaha damai adalah langkah yang merugikan, apatah lagi jika kritikan tersebut dilontarkan atas dasar politik kepartian semata-mata tanpa menilai prinsip Islam yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sebelum ini, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Facebook miliknya didakwa memuat naik hantaran berkaitan konflik Thailand-Kemboja dengan menyatakan ‘kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang’.

Beliau dilaporkan tidak berhasrat memohon maaf berhubung tindakannya itu sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan susulan laporan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini