Bapa mendiang Tishant dihantar ke IPD Jempol

Bapa mendiang Tishant dihantar ke IPD Jempol

KENDERAAN membawa jasad A. Tishant meninggalkan kediaman keluarganya di Bandar Seri Alam untuk dibawa ke Krematorium Hindu di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suspek utama kes pembunuhan mendiang A. Tishant, 6, akan diserahkan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol, Negeri Sembilan untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, suspek berusia 36 tahun itu akan dibawa ke IPD berkenaan hari ini.

“Suspek akan diserahkan ke IPD Jempol hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi, di sini hari ini.

Suspek ditahan pada 24 Julai lalu selepas dipercayai membuat laporan palsu mengenai kehilangan anak tunggalnya di Taman Bukit Indah, di sini.

Walau bagaimanapun, polis menjumpai mayat kanak-kanak berkenaan yang ditanam di kawasan Rompin, Jempol, Negeri Sembilan empat hari kemudian.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Tishant disebabkan tekanan pada bahagian leher akibat jerutan menggunakan pengikat kabel dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, mayat mendiang disemadikan mengikut upacara agama Hindu di Krematorium Hindu, Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×