Fernandes buktikan masih berbisa

Fernandes buktikan masih berbisa

Bruno Fernandes mengambil sepakan penalti dalam aksi menentang West Ham United di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bruno Fernandes menyumbat dua gol ketika Manchester United memulakan jelajah Amerika Syarikat dengan kemenangan 2-1 ke atas West Ham dalam siri jelajah Liga Perdana Summer Series di New Jersey, kelmarin.

Kapten United itu menghukum dua kesilapan penjaga gol antarabangsa Perancis, Alphonse Areola, untuk memastikan kemenangan pasukan bimbingan Ruben Amorim dalam cuaca terik di Stadium MetLife.

Areola melakukan kesilapan untuk kedua-dua gol United, dan walaupun Jarrod Bowen berjaya merapatkan kedudukan untuk West Ham, kelab dari London itu tidak benar-benar mengancam juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Fernandes membuka jaringan melalui sepakan penalti seawal minit kelima, menewaskan Areola ke arah bertentangan selepas penjaga gol itu menjatuhkan Ayden Heaven tanpa sebab.

Fernandes menggandakan jaringan United pada minit ke-52 dengan satu penyudah bijak selepas satu lagi kesilapan besar Areola, yang membuat hantaran lemah terus kepada pemain tengah United, Kobbie Mainoo yang berada di hadapan kawasan penalti.

“Bagus untuk menang, walaupun ini perlawanan persahabatan dan kami mahu menang setiap perlawanan untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin dan tentunya memulakan musim dengan positif.

ADS:D

“Secara keseluruhan, permainan ini baik, kami bermain dengan baik ketika mengawal bola. Ada masa kami sepatutnya melakukan penguasaan lebih lama tetapi kami tergesa-gesa sedikit. Kami perlu perbaiki itu tetapi secara keseluruhan ia adalah satu perlawanan yang sangat baik untuk kami,” kata Fernandes kepada NBC Sports selepas kemenangan itu.

Pemain baharu United yang bernilai $87 juta, Bryan Mbeumo, turut bersama pasukan ke Amerika Syarikat tetapi tidak tersenarai dalam skuad perlawanan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN