KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan pentas utama Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka kerana dibuat tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak penganjur tidak membuat sebarang kebenaran dan permohonan bagi mendirikan pentas utama berkenaan.
Selain itu, struktur pentas itu juga dilihat tidak menjamin keselamatan memandangkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dimaklumkan berada orang akan berada di atas pentas berkenaan.
“Permohonan awal di antara PDRM dan penganjur dipersetujui untuk menggunakan dua kenderaan pacuan empat roda sebagai pentas,” katanya di sini.
Dalam pada itu, DBKL dalam satu kenyataan berkata, pihaknya membantu membawa keluar bahan bahan peralatan khemah tersebut kerana hanya kenderaan DBKL sahaja dbenarkan masuk ke kawasan tersebut .
Sebelum ini, penganjur Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka kecewa apabila pihak berkuasa telah mengarahkan pentas utama untuk acara petang ini dibuka semula dan tidak dibenarkan digunakan.-UTUSAN











