UMNO hantar jentera negeri bantu PRN Sabah

UMNO hantar jentera negeri bantu PRN Sabah

MOHAMAD Hassan (tengah) ketika hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Gong Kemuntong, Besut,Terengganu. - UTUSAN /WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: UMNO akan menghantar jentera negeri ke Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beberapa negeri telah dilantik sebagai bapa dan negeri angkat mengikut kawasan ditetapkan. 

“Pergerakan dan penetapan kawasan negeri-negeri angkat telah disusun oleh bilik gerakan UMNO bagi melicinkan gerak kerja jentera untuk menghadapi PRN Sabah. 

“Semalam, Kelantan telah bergerak ke Sabah dan ditugaskan di bahagian timur negeri di bawah bayu itu, manakala Terengganu pula diarahkan menguruskan Tawau, Sandakan dan Kudat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di Gong Kemuntong, di sini hari ini. 

Mohamad berkata, Negeri Sembilan dan Melaka juga digerakkan ke Sabah untuk membantu jentera di sekitar Kota Kinabalu, Putatan serta Sepanggar. 

Sabah kembali menjadi tumpuan dalam isu politik negeri apabila Dewan Undangan Negerinya(DUN) dikatakan bakal dibubarkan dalam masa terdekat. 

Kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi isyarat keputusan penting akan diumumkan selepas Mesyuarat Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akhir bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×