Rakyat Gaza mati kelaparan, kurang zat makanan

Rakyat Gaza mati kelaparan, kurang zat makanan

Penduduk Palestin bergerak ke Mawasi dekat Rafah di selatan Gaza bagi mendapatkan bantuan kemanusian yang mengagihkan makanan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jumlah korban krisis kemanusiaan di Gaza dilaporkan terus meningkat berikutan kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan, selain kecederaan akibat serangan yang berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakyat Malaysia yang mempunyai keluarga mentua di Gaza, Nurul Ain Haron berkata, seramai lima kanak-kanak dan dua orang dewasa di kawasan khemah mentuanya meninggal dunia akibat kebuluran.

Katanya, sebanyak 36 lori bantuan membawa tepung dari Jordan memasuki Gaza semalam, namun angka itu terlalu kecil berbanding skala keperluan rakyat yang terjejas.

“Semalam sahaja, sekurang-kurangnya 90 orang syahid, termasuk 20 orang yang sedang cuba mendapatkan bantuan makanan daripada pihak kami.

“Mereka bukan sahaja menjadi mangsa kecederaan serangan tetapi turut rebah kerana kelaparan yang berpanjangan.

“Alhamdulillah, semalam ada 36 lori bantuan masuk. Tetapi 36 lori masih tidak mencukupi untuk lebih dua juta rakyat Gaza,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambahnya, serangan masih berterusan di seluruh wilayah Gaza tanpa henti dengan jumlah korban meningkat setiap hari.

“Hari ini sahaja, empat syahid di Deir Al-Balah, satu di Kota Gaza dan seorang kanak-kanak di Nuseirat. Ramai juga yang cedera. Bukan di Gaza sahaja, keadaan juga semakin teruk di West Bank,” katanya.

Sebelum ini, Nurul Ain turut melaporkan terdapat trak bantuan tepung daripada agensi antarabangsa yang berjaya memasuki Gaza, namun ada antara bantuan tersebut dicuri dan dijual semula pada harga melampau menyebabkan akses kepada makanan semakin sukar.

Beliau turut meluahkan kebimbangan mengenai penurunan jumlah bantuan dan dana infak yang tidak mencukupi, sedangkan situasi sebenar di lapangan masih sangat memerlukan.

“Harga makanan pula me­ningkat lebih tiga kali ganda, manakala akses kepada air bersih dan ubat-ubatan sangat terhad menyebabkan penduduk Gaza kini bergelut untuk meneruskan kehidupan seharian mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN