Tiada ijazah tetapi mampu bina bot gentian kaca

Tiada ijazah tetapi mampu bina bot gentian kaca

Faizal Amirul Salehodin menunjukkan isyarat bagus di samping beberapa bot gentian kaca yang telah disiapkan di Kampung Gelam, Tanjong Kling, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Walaupun hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), seorang lelaki mampu menubuhkan syarikat membina bot gentian kaca yang semakin meningkat naik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Faizal Amirul Salehodin, 44, usahawan pembuatan bot gentian kaca di Kampung Gelam, Tanjong Kling dekat sini kini bersyukur usahanya sejak 14 tahun lalu kini membuahkan hasil yang cukup lumayan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Faizal Amirul atau lebih mesra dipanggil Jai tidak menyangka usaha gigihnya menceburi bidang pembuatan dan membaikpulih bot gentian kaca pada 2011 kini mampu memenuhi sebarang permintaan pelanggan.

Menurutnya, syarikat yang ditubuhkan Jai Fiberglass kini mampu menerima tempahan bot gentian berukuran daripada 13 kaki hingga 33 kaki serta menerima tempahan lebih 100 bot setahun.

Katanya, tempahan diterima daripada nelayan, pengusaha resort, bot penumpang dan kaki pancing bukan sahaja dari Melaka tetapi Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Saya membina bot gentian kaca ini berdasarkan pengalaman kerja selama 14 tahun di sebuah syarikat pembuatan kapal dan bot tersohor di Melaka. Saya tidak pernah ada sijil kemahiran atau sebarang ijazah,” ujarnya.

Jai berkata, bengkelnya yang terletak di tepi sawah padi di Kampung Gelam kini mampu berdiri sama tinggi dengan beberapa syarikat besar dalam bidang berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN