Pengusaha Katering didenda RM1,800, sedia ikan keli berlada tercemar

Pengusaha Katering didenda RM1,800, sedia ikan keli berlada tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Padah menjual lauk ikan keli berlada yang tercemar pada Oktober tahun lalu, seorang peniaga di daerah ini didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Hukuman itu diperintahkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas Haswana Mohd Rasani, 43, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu sebagai pemilik katering didapati telah menyedia dan menjual makanan yang sedia untuk dimakan yang mengandungi pencemaran bakteria iaitu ikan keli berlada yang dikesan mengandungi bakteria Coliform.

Kesalahan itu dilakukan Haswana 22 Oktober tahun lalu, 10.30 pagi hingga 11.15 pagi di kafeteria di sebuah institusi pengajian tinggi di daerah ini.

Wanita itu didakwa mengikut Peraturan 39(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) peraturan sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000 atau penjara hingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kesalahan itu dikesan selepas operasi persampelan makanan dilakukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Dungun yang membeli lima jenis makanan di premis itu bagi tujuan analisis mikrobiologi.

Hasil analisis yang dijalankan mendapati satu daripada sampel makanan itu iaitu ikan keli berlada mengandungi bakteria melebihi had ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×