Ujian dialami ketika hamil anak kedua mendorong usahawan produk penjagaan kulit ini untuk menghasilkan mandian khusus bagi yang berkulit sensitif.
Naza Yusof berkata, sepanjang kehamilan itu, kulit ketiak dan bahagian garisan bikininya menjadi kehitaman sekali gus merungsingkan serta mengurangkan keyakinan diri.
Lantas, dia menemui ahli kimia dan pembuat formula produk, Nuex Rosli untuk menghasilkan formula khas bagi mengatasi masalah kulitnya itu.
Produk yang dihasilkannya di bawah jenama Oddly itu ialah minyak mandian dan deodoran.
“Deodoran itu mengandungi bunga kenanga yang bukan sahaja mewangikan tetapi menyegarkan manakala minyak mandian pula dihasilkan untuk mengatasi masalah kulit termasuk jerawat dan bintik-bintik hitam pada badan,” katanya baru-baru ini.
Mandian ini sesuai digunakan kanak-kanak dan mereka yang berkulit sensitif atau ekzema.
Nuex berkata, bahan-bahan premium digunakan dalam penghasilan produk berkenaan antaranya minyak kelapa, minyak badam, minyak halia dan olive squalane yang berfungsi melembabkan kulit.
Selain itu, ia juga mengandungi satu peratus habbatus sauda, bahan antioksidan dan antibakteria yang membantu menghilangkan masalah seperti jerawat badan.
“Cara penggunaannya adalah dengan melumurkan minyak mandian itu ke seluruh tubuh dan biarkan seketika selama empat minit sebelum dibilas, supaya ia dapat meresap ke dalam kulit,” katanya.










