Sarawak adalah jiwa, nadi Malaysia

Sarawak adalah jiwa, nadi Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan Sarawak yang ke-61 buat seluruh anak bumi kenyalang itu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 22 Julai merupakan adalah satu tanda yang terukir kukuh dalam lipatan persejarahan negara bangsa ini.

Oleh itu, beliau merakamkan ucapan tersebut buat seluruh anak Sarawak iaitu dari Limbang ke Lundu dan dari Bintulu ke Betong.

“Faktanya, Sarawak adalah jiwa dan nadi Malaysia. Sama ada di pedesaan dan pedalaman atau di kota, rakyat Sarawak hidup berukun dalam kepelbagaian yang sarat dengan nilai dan budaya.

“Lantas ia menjentik dhamir betapa Sarawak merupakan amanah besar yakni perpaduan bukan sekadar retorik tetapi cara dan gaya hidup,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, kerajaan di bawah pimpinannya terus kekal teguh terhadap menjamin serta melaksanakan perkara-perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab.

“Atas semangat ini, saya berkeyakinan bahawa Sarawak akan terus di landasan yang tepat terutamanya dalam melakar masa depan yang lebih adil, inklusif dan lestari, selain terus memimpin teguh dalam bidang tenaga boleh baharu, ekonomi hijau, dan pemerkasaan pendidikan serta teknologi.

“Walhasil, kesatuan kaum dan warisan budaya Dayak, Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melayu dan Cina Sarawak akan terus menjadi lambang keutuhan masyarakat Sarawak yang beragam dan pelbagai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×