Peruntukan Persekutuan bukan wang ihsan tetapi hak negeri

DUN Kelantan: Peruntukan Persekutuan bukan wang ihsan tetapi hak negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemberian peruntukan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bukan wang ihsan tetapi hak negeri sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pemberian peruntukan itu tidak boleh disebut sebagai ‘ihsan’ dan pandangan mengatakan tanpa Peruntukan Persekutuan, pembangunan di Kelantan tercorot tidak sepatutnya berlaku.

“Sebenarnya tidak boleh sebut ‘tanpa’ pun kerana ia hak kita (negeri). Dengan ‘tanpa’ ini orang boleh buat tanggapan, tanpa kerajaan-kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan tidak akan wujud. Jadi tidak boleh ‘tanpa’ itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa sistem pemerintahan negara ini dibina atas asas Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Kamaruzaman Mohamad (Pas-Gual Periok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada Kamaruzaman yang meminta pandangannya terhadap ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang ada menyebut tanpa peruntukan Kerajaan Persekutuan, pembangunan di Kelantan tercorot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini