Tingkat pembangunan belia dan sukan melalui mahasiswa

Tingkat pembangunan belia dan sukan melalui mahasiswa

PENTING untuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan dan idea tentang pembangunan belia dan sukan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Rakan Muda Turun Kampus siri kelima bagi tahun ini telah diadakan di Auditorium, Han Chiang University College of Communication (HCUC), George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program Rakan Muda Turun Kampus merupakan program khusus yang membolehkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) menyampaikan aspirasi, pandangan dan idea tentang pembangunan belia dan sukan secara terus kepada kepimpinan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Inisiatif ini selari dengan nilai teras keyakinan dan ihsan di bawah konsep Malaysia Madani yang menekankan harapan dan kepentingan mendengar suara belia, menyantuni keperluan mereka serta memberi ruang untuk mereka menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara.

Objektif Program Rakan Muda Turun Kampus adalah untuk:
• Menyampaikan maklumat terkini mengenai dasar, inisiatif dan tindakan yang diambil oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan pembangunan belia dan sukan
• Memberi peluang kepada belia untuk menyuarakan pandangan berkaitan isu-isu pembangunan belia dan sukan
• Menyantuni belia di IPTA dan IPTS bagi memperluaskan pelaksanaan Gaya Hidup Rakan Demokrasi.

Sebanyak 10 Program Rakan Muda Turun Kampus akan diadakan sepanjang tahun ini dan seramai 5,000 orang pelajar dijangka akan terlibat dalam program ini. Program ini turut disemarakkan dengan aktiviti interaktif yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Pelaksanaan Program Rakan Muda Turun Kampus ini diharap dapat memperkukuh identiti dan perpaduan dalam kalangan pelajar IPT, membina jaringan kerjasama merentas institusi, dan mendapatkan input secara langsung dalam usaha KBS merangka strategi pemerkasaan program belia.

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung Program Rakan Muda Turun Kampus Tahun 2025, JBSN boleh dihubungi melalui 03-8871 3324/ [email protected]. – UTUSAN

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×