Hussein tidak dapat lupa rampas 11 tan dadah

Hussein tidak dapat lupa rampas 11 tan dadah

HUSSEIN Omar Khan berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di IPK Selangor di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN / ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Datuk Hussein Omar Khan pastinya tidak dapat melupakan pelbagai peristiwa sepanjang beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor termasuk terlibat dalam operasi merampas sejumlah 11 tan pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM300 juta antara tahun 2023 hingga 2024.

Beliau yang akan berpindah ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mulai Isnin ini berkata, rampasan itu merupakan salah satu kejayaan terbesar dicapai polis Selangor dalam usaha membanteras jenayah berkaitan dadah.

“Pada tahun 2023, kami merampas 5.2 tan dadah bernilai RM155 juta manakala pada tahun lalu sejumlah 5.8 tan dadah bernilai RM145 juta pula dirampas.

“Keseluruhan jumlah dadah itu mampu menghasilkan 22.11 juta dos dadah jika ia dijual kepada penagih-penagih,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi Perkep Selangor, semalam.

Pada majlis tersebut, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Aziz Abdul Majid menyaksikan majlis serah antara Hussein dengan pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan.

Sementara itu Hussein berkata, sebanyak 14,846 kes jenayah berkaitan komersial juga berjaya diselesaikan dalam tempoh sama, dengan nilai kerugian yang dialami mangsa jenayah ini berjumlah RM1.19 bilion.

Pada masa sama, polis Selangor turut mengutip RM263.7 juta daripada 2.18 juta saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam tempoh sama.

“Semua perkara itu dapat dikecapi hasil kerjasama dan kerja keras setiap anggota polis yang bertugas di Selangor, tidak kira balai mana atau jabatan sekali pun,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×