Bekas pengarah Emraz Travel tak mengaku guna wang umrah

Bekas pengarah Emraz Travel tidak mengaku guna wang pakej umrah

Umrah
ZULKARNAIN Endut dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan menyalahgunakan harta termasuk wang pakej umrah, di Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bekas pengarah syarikat pengendali umrah, Emraz Tra­vel and Tours Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyalahgunakan harta termasuk wang pakej umrah, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Da­tuk Zulkarnain Endut me­ngaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di dua kamar mah­kamah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat, Zulkarnain, 44, didakwa dengan curang menyalahgunakan harta iaitu wang tunai berjumlah RM27,960.20 milik seorang lelaki berusia 45 tahun di Jalan Tanjung Shawal antara 1 Februari hingga 28 Julai 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara di hadapan Majistret Nor Azilah Mat pula, tertuduh dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas telah menyalahgunakan wang bayaran tunai berjumlah RM21,000 milik pelanggan untuk pakej umrah Emraz Travel yang gagal dilaksanakan antara 23 Februari hingga 9 Mac tahun lalu di Bandar Sultan Suleiman.

Kedua-dua pertuduhan dila­ku­kan mengikut 403 Kanun Ke­seksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebat dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi dan Ahmad Sulfie Abu Hassan masing-masing mencadangkan jaminan RM10,000 dan RM15,000.

Peguam Muhammad Nur Aiman Mohd. Lazim dalam mitigasinya memaklumkan syarikat tertuduh ditutup sejak 15 Julai tahun lalu dengan akaun syarikatnya telah dibekukan.

“Akaun peribadi tertuduh juga sudah disita untuk tujuan pembayaran balik kepada jemaah umrah yang terkesan.

“Tertuduh juga mempunyai kes saman sivil di empat negeri sebelum ini. Dia tidak mempunyai pendapatan dan menanggung isteri serta seorang anak melalui ihsan adik-beradiknya,” katanya.

Mahkamah kemudiannya mem­benarkan jaminan keseluruhan RM8,500 dan sebutan semula kes 24 September ini.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Emraz Travel berkuatkuasa 11 Mac tahun lalu.

Pada 2 April tahun sama pula, Lembaga Tabung Haji (TH) menggantung lesen syarikat berkenaan, dalam usaha melindungi kebajikan bakal jemaah haji berikutan aduan awam mengenai perkhidmatan umrah mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini