Warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri

Warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri

china
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Gara-gara ingin menakutkan pencuri, seorang lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri di kebun durian miliknya di Kuala Klawang, di sini, petang semalam.

Sumber berkata, difahamkan mangsa berusia lewat 60-an telah pergi ke kebunnya sekitar pukul 5 petang, namun disedari masih tidak pulang ke rumah oleh isterinya walaupun telah pukul 9 malam.

“Biasanya kalau pukul 7 malam dia sudah pulang ke rumah tetapi isterinya yang pulang ke rumah pukul 9 malam mula curiga apabila mendapati mangsa tiada.

“Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik iparnya yang kemudian pergi ke kebun bagi mencari mangsa. 

“Mangsa ditemukan terbaring tidak bernyawa di atas tanah dengan kesan tembak pada bahagian dada,” katanya, di sini, hari ini.

Ujar sumber itu lagi, adik mangsa telah pun membuat laporan polis berhubung kematian mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Jelebu, Superitenden Azizan Said berkata, polis masih menyiasat kejadian berkenaan dan kenyataan media akan diberikan dalam masa terdekat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×