Pendakwah selebriti terlibat amang seksual sudah didakwa

Pendakwah selebriti terlibat amang seksual sudah didakwa

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan seorang pendakwah selebriti yang didedahkan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar terlibat kes amang seksual sudah didakwa di mahkamah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak lapan laporan polis diterima membabitkan pendakwah selebriti itu.

Kata beliau, daripada laporan itu, sebanyak tujuh kes berlaku di Pulau Pinang manakala Kedah (satu kes).

“Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang dalam perbicaraan ketika ini.

“Kesemua mangsa adalah remaja lelaki berusia antara 13 sehingga 16 tahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, kesemua pertuduhan terhadap pendakwa selebriti itu dibuat pada 2023, 2024 dan tahun ini.

Sebelum ini, Nurul Izzah menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook memaklumkan bahawa pendakwah terbabit menggunakan minat remaja lelaki itu sebagai ‘pintu’ untuk dirinya memulakan perbuatan keji.

Ujarnya, mangsa memberitahu bahawa pendakwah terbabit memasukkan tangan ke dalam seluarnya dan mula meraba-raba. 

“Pada usia yang mentah, di saat seorang anak melihat orang dewasa sebagai pemimpin dan pembimbing, hadir seorang ustaz selebriti yang dikenali ramai, mendekatinya dengan janji mahu membimbingnya ke jalan agama. 

“Dia gunakan minat mangsa terhadap nasyid, namun rupa-rupanya hanyalah helah untuk satu niat keji. 

“Ustaz itu datang ke rumah dan memujuk remaja itu untuk mengikutnya ke negeri lain dengan tujuan menonton persembahan nasyid,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut, Nurul Izzah berkata, mangsa membuat laporan polis terhadap pendakwah terbabit selepas menerima gangguan seksual tersebut. 

Difahamkan, pendakwah selebriti itu tidak berdiam diri namun menyaman keluarga mangsa dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka. 

Dalam pada itu, Nurul Izzah memberitahu bahawa beliau mahu melindungi mangsa dan keadilan bakal berpihak pada yang benar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×