Perhimpunan Turun Anwar akan dihadiri ahli Pas sahaja

Perhimpunan Turun Anwar akan dihadiri ahli Pas sahaja

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Matlamat pembangkang menganjurkan perhimpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini bagi menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak akan tercapai.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi, sebaliknya perhimpunan yang kononnya menyasarkan 300,000 kehadiran itu akan disertai ahli Pas yang fanatik dan taksub kepada arahan parti.

“Ini kerana demonstrasi umpama ‘candu’ kepada orang Pas, mereka suka berdemonstrasi. Lagi pun ahli Pas fanatik dan taksub kepada arahan parti.

“Setakat 300,000 hanyalah ‘kacang’ kepada Pas. Tetapi apakah objektif ‘Turun Anwar’ boleh tercapai? Sudah tentu tidak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Himpunan Turun Anwar anjuran Perikanan Nasional (PN) dan Pas dijangka berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 Julai ini dengan lebih 300,000 orang akan hadir pada himpunan itu dari seluruh negara.

Mohd. Puad berkata, Pas sendiri tidak berani untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen kerana pasti bahawa UMNO tidak akan menyokongnya.

Katanya, UMNO akan terus komited mempertahankan kerajaan sedia ada demi rakyat dan kestabilan negara.

“Adalah lebih berkesan jika Rafizi (Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli) dan geng 10 tarik sokongan terhadap Anwar.

“Impaknya lebih besar jika mereka bawa usul undi percaya di Parlimen berbanding demonstrasi 300,000 orang ahli Pas,” katanya.

Tambahnya, himpunan pada minggu depan itu hanya sekadar mahu menunjuk kekuatan Pas.

“Impaknya kecil apatah lagi jika tiada penyertaan ‘masyarakat sivil’ yang menyeluruh,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×