Peserta perhimpunam akan berkumpul di lima lokasi sebelum ke Dataran Merdeka

Peserta perhimpunam akan berkumpul di lima lokasi sebelum ke Dataran Merdeka

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan sebanyak lima lokasi utama sekitar ibu negara akan menjadi lokasi berkumpul peserta Perhimpunan Turun Anwar yang dijadual  berlangsung Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya sudah  menerima notis awal daripada Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), berhubung penganjuran perhimpunan itu.

Katanya mereka akan berkumpul di lima lokasi utama itu sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Menurutnya, lima lokasi itu ialah Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks Sogo..

“Pihak polis sudah menerima pemakluman awal daripada penganjur dan persediaan rapi sedang dilaksanakan,

“Antara fokus utama adalah kawalan keselamatan dan pemantauan pergerakan peserta di sepanjang laluan yang dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kawalan turut dipertingkat di beberapa stesen pengangkutan awam bagi memastikan perjalanan pengguna tidak terganggu.

Antara stesen terbabit termasuk Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Plaza Rakyat, Bandaraya dan LRT Sultan Ismail. 

“Selain itu, Stesen Transit Aliran Massa (MRT Muzium Negara dan Merdeka serta Monorel Imbi, Raja Chulan, Bukit Nanas, Medan Tuanku dan Chow Kit,

“Langkah ini diambil bagi menjamin kelancaran perkhidmatan awam dan mengelakkan kesan terhadap kestabilan serta ekonomi negara,” jelasnya.

Katanya, perhimpunan berkenaan dijangka menghimpunkan antara 10,000 hingga 15,000 peserta termasuk gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan orang awam.

Katanya lagi, walaupun tiada penutupan jalan dirancang, pemantauan dan kawalan trafik akan dijalankan secara berterusan.

Mohamed Usuf turut mengingatkan semua pihak supaya tidak membawa objek tajam, senjata berbahaya, bahan letupan, mercun, suar atau sepanduk berunsur 3R.

“Elakkan membawa kanak-kanak dan jangan keluarkan ucapan berunsur fitnah atau provokasi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan kekacauan atau provokasi melampau,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×