TEHERAN: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, pada hari Rabu memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan menyatakan Iran mampu memberikan ‘serangan yang lebih hebat’ sebagai tindak balas kepada sebarang serangan ketenteraan akan datang.
Menurut aporan Anadolu Agency, Ali membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucapan semasa pertemuan dengan pegawai kehakiman, di mana beliau menekankan ketahanan Iran terhadap ancaman luar dan cubaan untuk mengganggu kestabilan dalaman.
Ali menuduh AS dan Israel berusaha melemahkan kepimpinan Iran melalui pembunuhan tokoh penting dan menyokong kumpulan pembangkang.
Namun, beliau mendakwa usaha-usaha ini telah digagalkan oleh perpaduan nasional dan ketahanan rakyat.
“Allah telah menggagalkan rancangan mereka dan rakyat bangkit mempertahankan negara,” katanya, menekankan kepentingan mengekalkan kesatuan dalaman.
Merujuk kepada panggilan Israel untuk mendapatkan sokongan AS semasa konflik baru-baru ini, Khamenei berkata ia menunjukkan ketidakmampuan Israel untuk berhadapan dengan Iran sendirian.
Beliau turut menyorot serangan peluru berpandu Iran ke atas Pangkalan Udara AS Al-Udeid di Qatar sebagai contoh keteguhan Teheran.










