SAYA ingin mengulas kenyataan bertajuk Denda RM 100 juta jika lompat parti, sokong parti lawan, terbitan 30 Jun, lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, denda sebanyak RM100 juta akan dikenakan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang jika melompat parti mahupun menyokong parti lawan.
Bahkan katanya, perkara itu terkandung dalam dokumen yang akan ditandatangani kelak oleh mereka sebelum menerima watikah untuk menjadi calon BN.
Sebenarnya cadangan tersebut, tidak wajar sama sekali. Apa yang penting ialah kepimpinan tertinggi mesti memelihara perjuangan parti untuk sentiasa patuh kepada ajaran Islam. Ini dapat mengelakkan ‘pencemaran’ yang berunsur melanggar tatasusila dan menyimpang dari syariat Islam.-UTUSAN
TEROPONG JAUH
Jerantut,
Pahang










