Banduan lolos guna beg dobi disebabkan penjara terlalu sesak?

Banduan lolos guna beg dobi disebabkan penjara terlalu sesak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang banduan yang melarikan diri dari sebuah penjara di Perancis dengan bersembunyi dalam beg dobi berjaya diberkas semula, menurut pihak berkuasa.

Namun, insiden tersebut mencetuskan perdebatan hangat mengenai keselamatan penjara dan isu kesesakan yang semakin meruncing.

Elyazid A, 20, yang dikenali dengan gelaran ‘The Joker’ atau ‘The Equaliser’, ditahan semula awal pagi Isnin apabila dia keluar dari sebuah ruang bawah tanah di sebuah kampung kira-kira 25 kilometer dari Penjara Lyon-Corbas, tempat dia meloloskan diri pada Jumaat.

Pihak penjara tidak menyedari kehilangannya sehingga 24 jam kemudian.

Dia dipercayai melarikan diri dengan bersembunyi dalam beg plastik besar berisi pakaian yang ditolak keluar dari penjara menggunakan troli oleh rakan selnya yang dibebaskan pada hari yang sama.

Rakan sel tersebut masih diburu oleh polis. Menteri Kehakiman, Gérald Darmanin, mengarahkan siasatan penuh terhadap kejadian tersebut, termasuk oleh pejabat pendakwa raya Lyon, perkhidmatan penjara Perancis dan pihak pengurusan Penjara Lyon-Corbas.

Ketua Perkhidmatan Penjara Kebangsaan, Sébastien Cauwel berkata, Elyazid yang menjalani hukuman bagi beberapa kesalahan kecil dan turut disiasat untuk dakwaan berkaitan kumpulan jenayah dan konspirasi membunuh, tidak pernah diklasifikasikan sebagai tahanan berisiko tinggi.

Cauwel memberitahu stesen BFMTV kaedah pelarian itu adalah sangat jarang berlaku dan kejayaannya adalah akibat daripada siri kegagalan serius dan tidak boleh diterima dalam pengurusan penjara itu yang kini sedang disiasat secara menyeluruh.

Menurutnya, insiden itu berpunca daripada kegagalan manusia dan bukannya masalah sistem keselamatan, namun beliau mengakui kesesakan teruk di penjara jelas menyukarkan tugas pegawai penjara.

Penjara Lyon-Corbas direka untuk menampung 678 orang banduan, tetapi kini menempatkan hampir 1,220 orang, menurut laporan Mei oleh Persatuan Peguam Lyon yang mendesak agar kesesakan dikurangkan segera demi menghormati hak asasi dan maruah manusia.

Secara keseluruhan, Perancis kini menempatkan lebih 85,000 banduan dalam fasiliti penjara yang hanya mampu memuatkan kurang daripada 63,000 orang.

Cauwel berkata, pegawai mungkin tidak menyedari kehilangan banduan itu kerana sel-sel kosong biasanya diisi semula dengan segera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×