Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM - Utusan Malaysia

Mas Fawzi dilantik Naib Canselor UTHM

IHSAN KPT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd. Ali dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang kelima, berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, Mas Fawzi mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal serta memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sistem Elektromekanikal dari sebuah universiti di United Kingdom.

Tambah KPT, beliau juga memiliki pengalaman yang meluas dalam tadbir urus universiti dan memegang banyak jawatan pentadbiran seperti Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Perancangan Strategik dan Pengurusan Risiko, Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) dan terkini sebagai Penolong Naib Canselor (Strategik dan Kualiti), UTHM.

Di samping itu, Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali juga pernah berkhidmat di sektor industri sebagai Jurutera Kalibrasi di Samsung Electronics Display Sdn. Bhd. dan Jurutera Industri di Sharp-Roxy Electronincs Sdn. Bhd. sebelum menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2004.

“Kami yakin, gabungan pengalaman pentadbiran dan lapangan yang beliau miliki adalah aset berharga yang akan membantu beliau menerajui UTHM menjadi pusat ilmu yang dihormati, inovatif dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

KPT juga merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada Datuk Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahmi sebelum ini sebagai Naib Canselor UTHM atas jasa dan bakti sepanjang berkhidmat sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini