Majoriti rakyat Eropah sokong UK sertai semula EU

Majoriti rakyat Eropah sokong UK sertai semula EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas 10 tahun keputusan Parlimen Britain untuk mengadakan referendum Brexit yang membawa kepada keluarnya United Kingdom (UK) dari Kesatuan Eropah (EU), satu tinjauan pendapat terbaharu mendapati majoriti rakyat EU menyokong kemasukan semula UK ke blok itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, tinjauan yang dijalankan oleh YouGov itu juga mendapati sokongan itu tidak termasuk mengekalkan keistimewaan lama yang pernah diberikan kepada UK sebelum ini.

Tinjauan melibatkan enam negara Eropah Barat, termasuk UK sendiri dengan hasilnya menunjukkan Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol menyokong idea membenarkan UK kembali menjadi ahli EU.

Di Jerman, sebanyak 63 peratus responden menyokong penyertaan semula UK, diikuti Sepanyol dengan 60 peratus, Perancis 53 peratus dan Itali 51 peratus.

Namun, apabila responden ditanya sama ada UK patut dibenarkan untuk kembali dengan mengekalkan keistimewaan-keistimewaan terdahulu termasuk tidak perlu menggunakan mata wang euro dan tidak menyertai Kawasan Schengen, sokongan merosot secara mendadak.

Hanya sekitar satu perlima responden, antara 19 hingga 22 peratus menyatakan persetujuan untuk membenarkan UK kembali di bawah syarat lama. Majoriti, antara 58 hingga 62 peritus berpendapat UK harus menyertai semua dasar utama EU tanpa pengecualian sekiranya ingin menjadi ahli semula.

Apabila diuji dengan soalan tambahan iaitu sama ada kompromi harus dibuat jika UK hanya bersedia menyertai semula dengan mengekalkan keistimewaan lama, pendapat responden mula berbelah bahagi. Antara 33 hingga 36 peratus mengatakan itu boleh diterima, tetapi antara 41 hingga 52 peratus pula menolak cadangan tersebut.

Di UK sendiri, tinjauan mendapati 54 peratus rakyat menyokong penyertaan semula negara ke dalam EU apabila ditanya secara umum. Namun, sokongan itu jatuh kepada hanya 36 peratus jika penyertaan semula memerlukan pengorbanan ke atas pengecualian-pengecualian lama.

Sebaliknya, 45 peratus rakyat Britain menolak untuk menyertai semula EU jika ia bermakna perlu menerima semua dasar dan syarat EU sepenuhnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN