Sindiket dadah edar bunga ganja tumpas, rampasan bernilai RM3.55j - Utusan Malaysia

Sindiket dadah edar bunga ganja tumpas, rampasan bernilai RM3.55j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Satu sindiket pengedaran dadah termasuk bunga ganja ditumpaskan apabila dalang dan dua ahlinya ditahan dalam lima serbuan berasingan polis di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, dalam serbuan itu pelbagai jenis dadah bernilai RM3.55 juta dirampas daripada ketiga-tiga suspek berusia antara 32 hingga 39 tahun.

“Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumah dan bilik sewa di kawasan perumahan berpagar dan berpengawal sebagai tempat simpan dan pembungkusan dadah sebelum diedar ke pasaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dadah dirampas termasuk 20.7 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 18.4 kg ganja, 154.25 gram ketamin serta 141 gram pil eramin 5 dengan nilai keseluruhan RM3,556,250,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ujian urin mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Jika kekal dalam pasaran, dadah dimiliki sindiket yang telah beroperasi sejak April lalu itu boleh digunakan seramai 88,788 penagih. 

“Kesemua suspek kini direman hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya sambil memberitahu rampasan itu adalah yang  pertama melibatkan bunga ganja di negeri ini.

Katanya, sejak 1 Januari hingga 11 Julai, pihaknya telah menahan seramai 13,530 individu atas pelbagai kesalahan dadah dengan rampasan sebanyak 1.09 tan dan 6,118 liter dadah termasuk harta sindiket bernilai RM9.67 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini