Brazil lulus undang-undang balas tarif Trump - Utusan Malaysia

Brazil lulus undang-undang balas tarif Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Kerajaan Brazil mengesahkan undang-undang tindakan balas perdagangan negara itu kini sedia dikuatkuasakan serta-merta, susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengenakan tarif 50 peratus terhadap barangan import dari Brazil.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden Brazil, Geraldo Alckmin, dalam satu sidang media pada Khamis, ddengan beliau menyatakan undang-undang berkenaan diluluskan oleh Kongres Kebangsaan Brazil, dan dekri pelaksanaan akan diterbitkan dalam masa terdekat.

“Kami bersedia untuk bertindak. Undang-undang telah pun tersedia dan boleh dikuatkuasakan pada bila-bila masa,” katanya.

Alckmin juga mengambil kesempatan untuk mengkritik bekas presiden Jair Bolsonaro, yang menurutnya telah menyumbang kepada ketegangan perdagangan tersebut.

Beliau menegaskan beberapa sekutu Bolsonaro masih terus mengambil pendirian yang bercanggah dengan kepentingan nasional, meskipun tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertanian Brazil, Carlos Favaro, mengumumkan rancangan kerajaan untuk memperluaskan pasaran eksport negara, dengan memfokuskan kepada negara-negara Timur Tengah, Asia Selatan dan Selatan Global sebagai alternatif kepada pasaran AS.

“Brazil tidak boleh bergantung kepada satu pasaran sahaja. Kita akan memperkukuh hubungan perdagangan dengan rakan dagang lain yang menghargai hasil pertanian dan komoditi kita,” kata Favaro.

Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, menegaskan beliau tetap mengutamakan penyelesaian melalui saluran diplomatik, namun menekankan Brazil tidak akan berdiam diri jika AS meneruskan pelaksanaan tarif tersebut.

“Kami menghormati hubungan dua hala dan bersedia untuk berbincang, tetapi jika Brazil dikenakan tindakan tidak adil, kami akan memberi maklum balas setimpal,” tegas Lula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×