Tunai umrah, keluarga Nurly Sahirah tutup kediaman sebulan

Tunai umrah, keluarga Nurly Sahirah tutup kediaman sebulan

ORANG ramai mengambil kesempatan menziarahi kediaman Allahyarham Nurly Sahirah Azman di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut, Terengganu. -UTUSAN/ WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Keluarga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nurly Sahirah Azman yang terkorban dalam nahas di Jalan Raya Timur-Barat (URTB), Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu kembali ‘menutup’ rumah mereka kerana bakal mengerjakan umrah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bapa dan ibunya, Azman Mohamad, 63, serta Kamariah Abdul Latif, 60, dijadual berangkat ke tanah suci pada pertengahan Ogos ini. 

Azman berkata,  keluarganya bercuti selama sebulan bermula 1 Ogos untuk membuat persiapan mengerjakan ibadah umrah. 

“Dukacita saya maklumkan akan menutup kediaman kami bermula 31 Julai sehingga 31 Ogos, atas faktor saya bersama isteri dan anak kedua kami akan berangkat ke tanah suci. 

“Dalam tempoh dua minggu sebelum berangkat, saya mohon jasa baik orang ramai untuk menutup kediaman kami buat sementara waktu bagi memberi ruang kepada saya dan isteri untuk membuat persiapan serta mengikuti kursus umrah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini. 

Menurutnya, penutupan itu telah diuar-uarkan dalam media sosial untuk makluman orang ramai. 

Kata Azman, mereka akan kembali menerima tetamu sebaik  sahaja kembali dari tanah suci yang dijangkakan awal September. 

“Alhamdulillah, sejak rumah kami kembali dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula Ahad lepas, setiap hari kira-kira 400 ke 500 orang tetamu hadir bertandang. 

“Selain tetamu dari seluruh negara, kami juga menerima kunjungan  dari negara jiran iaitu Thailand yang hadir selepas mengetahui tragedi kehilangan besar penuntut UPSI,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN