Pengusaha salun, suami dan tiga individu disyaki sorok pil kuda dalam tahi lembu tiba di mahkamah

Pengusaha salun, suami dan tiga individu disyaki sorok pil kuda dalam tahi lembu tiba di mahkamah

TERTUDUH tiba untuk prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Pasir Mas, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang pengusaha salun dan suaminya bersama tiga lagi individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda bernilai RM5.04 juta tiba di Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk pendakwaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semua suspek berusia lingkungan 25 tahun hingga 39 tahun tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi dengan menaiki trak polis.

Kesemua suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, puluhan ahli keluarga kelima-lima suspek turut kelihatan di pekarangan mahkamah untuk menyaksikan perbicaraan tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, taktik licik sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah kedai makan dengan menyembunyikan dadah jenis pil kuda seberat 19.86 kilogram (kg) di dalam timbunan najis lembu di sebuah kandang di Kampung Bukit Tunku di sini terbongkar dalam enam siri serbuan pada minggu lalu.

Dadah itu dirampas selepas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 34 tahun semasa memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Gajah Mati Banggol Chicha di sini pada 27 Jun lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mat Zani @Mohd Salahuddin Che Ali berkata, pemeriksaan di dalam kereta suspek menjumpai sebanyak 115 gram pil kuda.

Menurutnya, susulan penahanan suspek itu, polis menahan isterinya dan empat lelaki yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun dalam serbuan di beberapa rumah di sekitar Pasir Mas, Wakaf Bharu di Tumpat.

“Pemeriksaan di rumah pasangan suami isteri di Banggol Chicha di sini menemui pil kuda seberat 112 gram.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menyerbu kandang lembu di belakang sebuah lagi rumah pasangan suami isteri itu di Kampung Bukit Tunku di sini sebelum menjumpai sebanyak 19.86 kg pil kuda disembunyikan di dalam timbunan tahi lembu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN