Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse with Paramount di Paramount Property Gallery @ The Ashwood, semalam. - UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Paramount Property memperkenalkan kempen Traverse with Paramount yang menawarkan ganjaran sehingga 40,000 Asia Miles kepada pembeli rumah di projek terpilih syarikat itu.

Kempen yang berlansung dari 1 Julai hingga 31 Disember ini membuka peluang kepada pembeli untuk menebus Asia Miles bagi penerbangan bersama Cathay Pacific, HK Express dan lebih 20 syarikat penerbangan rakan kongsi lain.

Selain itu, Asia Miles yang dikumpul juga boleh digunakan untuk mendapatkan pelbagai ganjaran menarik di Cathay Shop serta menikmati pengalaman gaya hidup eksklusif daripada lebih 800 rakan kongsi pelancongan di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property, Chee Siew Pin berkata, inisiatif ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkayakan pengalaman memiliki rumah dengan ganjaran yang memberi makna kepada pembeli.

Menurutnya, kerjasama bersama Cathay terjalin kerana kedua-dua jenama berkongsi aspirasi untuk menawarkan pengalaman berkualiti dan perjalanan yang penuh makna kepada pelanggan.

“Membeli rumah bukan sekadar mengenai dinding dan tingkap, tetapi langkah pertama memasuki babak baharu dalam kehidupan, tempat impian berkembang, keluarga bertumbuh dan kenangan abadi tercipta,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen itu di sini, semalam. 

Pembeli yang layak juga berpeluang menyertai cabutan bertuah eksklusif untuk memenangi mata Asia Miles yang bersamaan dengan nilai tiket pergi balik Kelas Perniagaan ke destinasi menarik seperti Hong Kong, Tokyo dan Seoul.

Mengulas lanjut, Siew Pin berkata, lebih lapan pembangunan di lokasi strategik seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Cyberjaya, Sungai Petani dan Pulau Pinang menyertai kempen ini.

Katanya, Paramount memperuntukkan lapan juta Asia Miles sebagai ganjaran kepada pembeli rumah sepanjang tempoh kempen.

“Dengan ganjaran ini, pembeli rumah bukan sahaja meraikan pencapaian besar memiliki rumah, tetapi juga berpeluang mencipta kenangan manis dengan meneroka dunia,” ujarnya. 

Sementara itu, Ketua Kawasan Cathay untuk Malaysia dan Brunei, Robbie Blackwood berkata, syarikat penerbangan itu sedang memperluaskan ekosistem gaya hidupnya di peringkat tempatan.

Menurut beliau, Cathay Pacific sedang berkerjasama bersama LaLaport Bukit Bintang dan Mitsui Outlet Park Sepang membolehkan pembeli mengumpul dan menebus Asia Miles ketika berbelanja.

“Hari ini, kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Paramount Property. Kami percaya nilai yang mereka terapkan dalam setiap pembangunan daripada aspek keselamatan hingga pengalaman hidup yang lebih bermakna dan selari dengan apa yang kami perjuangkan di Cathay Pacific,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×