Bunuh Nhaveen: Empat tertuduh bela diri November ini

Bunuh Nhaveen: Empat tertuduh bela diri November ini

EMPAT individu yang diperintah membela diri atas pertuduhan membunuh T.Nhaveen pada 2017, di bawa ke Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, di George Town, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menetapkan 17 hingga 21 November serta 24 dan 25 November depan sebagai tarikh perbicaraan untuk empat individu membela diri atas pertuduhan membunuh seorang remaja, T. Nhaveen lapan tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid dalam prosiding hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan pada Januari lalu telah memerintahkan empat individu tersebut iaitu J. Ragesuthan, 26; S. Gokulan, 26; dan dua individu yang merupakan remaja ketika kejadian untuk membela diri berhubung tuduhan tersebut susulan terdapat prima facie dalam kes terbabit.

Keempat-empat individu yang sama juga diperintah untuk membela diri atas satu lagi pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan parah terhadap rakan Nhaveen, T. Previin, yang berusia 19 tahun ketika itu.

Selain itu, tarikh yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini juga bertujuan bagi mendapatkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tertuduh kelima, S. Gopinaath, 34, untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini telah membebaskannya.

Perbicaraan itu sepatutnya bersambung hari ini sehingga Jumaat, susulan keputusan Mahkamah Rayuan pada Januari lalu yang memerintahkan empat tertuduh membela diri.

Ketika prosiding, Hakim Mohd. Radzi berkata, mahkamah perlu menangguhkan perbicaraan hari ini sehingga perbicaraan rayuan di Mahkamah Persekutuan diperoleh bagi mengelakkan berlakunya perbicaraan secara berulang atau berganda.

“Ia juga akan menyebabkan kesemua saksi dipanggil semula. Jadi, pada pendapat mahkamah, keputusan Mahkamah Persekutuan tertuduh kelima (Gopinaath) perlu ditunggu untuk elak keadaan berlakunya pengulangan perbicaraan,” katanya.

Empat tertuduh, iaitu J Ragesuthan, S Gokulan, dan dua lagi yang masih di bawah umur ketika kejadian sebelum itu didakwa membunuh Nhaveen yang berusia 18 tahun di sebuah taman di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada Jun 2017.

Namun, mahkamah mengekalkan pembebasan terhadap seorang lagi tertuduh iaitu Gopinaath setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya. Gopinaath didakwa pada pertengahan perbicaraan pada tahun 2021, selepas bukti yang memberatkannya dikemukakan di mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari dan Yazid Mustaqim Roslan manakala peguam, Maanveer Singh Dhillon dan R. Thevan pula hadir mewakili keempat-empat tertuduh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN